PANDUAN MEMILIH JENIS IKAN PELAGA

Ciri penting yang perlu diambil kira dalam memilih Ikan Pelaga sebelum anda membeli Ikan pelaga ialah dilihat keadaan siripnya semasa berenang dan mengembang. Sirip yang sangat terlentuk ke bawah dan terlipat dianggap tidak bermutu. Bahagian ekornya mestilah agak selari dengan badannya semasa ikan berehat atau berenang. Ekor (jenis panjang) yang berlipat atau bergulung menunjukkan ikan sudah tua atau telah lumpuh (paralyse) dan tidak menarik. Sirip ikan yang kuncup menunjukkan ikan kurang sihat atau kurang selesa dengan sekitarannya.