PENGENALAN JENIS IKAN PELAGA

Ikan Pelaga juga boleh dikenali sebagai ikan Sekilau Siam / Betta / Beta Splendens / Siamese Fighting Fish / Pla-Kat / Ikan Cupang termasuk dalam famili Anabantidae (Labirynth Fisher) adalah salah satu dari jenis ikan hiasan air tawar yang popular di Malaysia. Ikan Pelaga mempunyai ukuran panjang kira-kira bersaiz 6cm hingga 8cm mengikut jenis baka. Pelbagai jenis Ikan Pelaga boleh dibeli di pasaran tempatan ketika ini. Ada pelbagai jenis warna dan corak serta mempunyai ekor yang panjang ( Veil-Tail, Crown atau Comb-Tail ), dan ada juga jenis Ikan pelaga berekor pendek (Short Fin), Jenis ekor cabang dua (Double Tail) serta Ikan pelaga berbentuk ekor Separuh bulat ( Half moon ).

SILA TEKAN SETIAP GAMBAR DIATAS UNTUK MELIHAT JENIS-JENIS IKAN PELAGA