SISTEM PERNAFASAN IKAN PELAGA

Selain insang, Ikan Pelaga juga mempunyai organ yang dikenali sebagai organ labyrinth iaitu tulang dari insang baris pertama mempunyai salur vascular tambahan. Ini membolehkan Ikan Pelaga mengambil oksiden terus dari udara. Ikan Pelaga akan berenang ke permukaan untuk mengambil udara. Organ labyrinth membantu Ikan Pelaga menyerap oksigen dari udara terus ke dalam salur darah. Ini membolehkan Ikan Pelaga tahan jika ia dikeluarkan dari air untuk beberapa ketika. Organ labyrinth ini hanya berfungsi pada Ikan Pelaga dewasa sahaja. Bagi benih ikan (fry) pula, hanya bernafas sepenuhnya menggunakan insang sahaja.