PENGENALAN MENGENAI BOLA MARIMO

LAGENDA MARIMO:
Pada suatu ketika dahulu Anak gadis kepada keluarga Ketua Suku yang tinggal di tebing Tasik "Akan" telah jatuh cinta dengan pemuda biasa. Hubungan cinta mereka mendapat halangan dari orang tua. Untuk terus hidup bersama, mereka telah melarikan diri dan bertukar kepada MARIMO dan hidup bahagia selama-lamanya. Kerana Mitos ini, MARIMO telah dikenali sebagai "Pokok Cinta" di kalangan remaja di Jepun.

APA ITU MARIMO:
BOLA MARIMO adalah Sejenis Tumbuhan Air Spesis Alga ( Lumut ) Berwarna HIJAU yang berkembang menjadi Bulat dan rupanya seakan-akan berbentuk Sebiji Bola Baldu berwarna Hijau. Tumbuhan Alga ini juga boleh dikenali sebagai Cladophora Ball, Lake Ball atau Moss Balls yang berasal dari Tasik "Akan" dan telah diisytiharkan menjadi satu Khazanah Negara Jepun pada tahun 1921. Marimo kini dilihat mula bekembang dan boleh ditemui dalam sekitar Tasik-tasik lain di Jepun dan didalam Kolam air tawar di negara-negara Eropah.