CIRI-CIRI BOLA MARIMO

CIRI-CIRI BOLA MARIMO ADALAH:
-Spesis Tumbuhan Air Tawar yang berbentuk Bulat seperti Bola kecil yang berwarna hijau dan Berbulu lembut seperti Baldu.
-Tidak memerlukan Sebarang Makanan atau Pembajaan untuk Hidup.
-Hanya perlu ditempatkan dalam Air Bersih dan Sedikit Cahaya Lampu sudah memadai.
-Bertindak Balas terhadap cahaya. (Tidak memerlukan Cahaya Matahari sepenuhnya)
-Menunjukkan beberapa tingkah laku yang menarik, termasuk naik dan tenggelam di dalam air ketika belakunya Proses Fotosintesis.
-Mengeluarkan Buih-buih halus disekitar Bulu Baldu untuk menghasilkan Oksigen.
-Boleh terus hidup dibawah suhu 25 Darjah Celcius dan tidak sesuai didedahkan pada suhu melebihi 35 Darjah Celcius keatas.
-Semua jenis Ikan boleh hidup bersama tanpa memakannya.
-Boleh hidup dan berkembang dengan menggunakan air paip sahaja.
-Boleh disejukkan didalam peti ais semasa cuaca panas (Melebihi 25 ° C), tetapi ia tidak bertahan suhu beku.
-Hanya akan Membesar sebanyak 5mm dalam masa Setahun. (Bergantung pada kesesuaian suhu dan keadaan)
-Proses Tumbesaran akan cepat berlaku jika ditempatkan dalam persekitaran air yang sejuk Melebihi Suhu 25 Darjah Celcius.
-Tempoh hayat sehingga 200 tahun dan boleh membesar sehingga 10 atau 12 inci di bawah keadaan semula jadi yang ideal.
-Hanya Membiak secara Replikasi.