JENIS PENYAKIT IKAN PELAGA ( ICH atau WHITE SPOT )

Tanda-Tanda Penyakit:
-Terdapat tanda titik-titik putih halus seperti serbuk garam pada badan Ikan Pelaga.
Punca Penyakit:
-Perubahan suhu yang berlaku secara mendadak misalnya dari keadaan panas kepada sejuk. Memandangkan Ikan Pelaga merupakan ikan tropika maka suhu panas adalah lebih digemari maka persekitaran yang sejuk akan membuatkan ia berada dalam keadaan tertekan (stress).Keadaan tersebut menyebabkan antibodi ikan menurun dan langsung mendedahkannya kepada penyakit seperti ini.
Jenis Virus:
-Parasit Protozoa yang bercengkerang (cyst) yang dikenali sebagai Ichthyophthiritis Multifiliis
Langkah Pencegahan:
-Elakkan dari menukar air baru semasa keadaan persekitaran yang sejuk.
Cara Rawatan:
-Selain ubatan seperti Malachite Green. 1 Sudu teh Garam Kasar untuk setiap segelen air juga boleh digunakan untuk tujuan penyembuhan.