TIPS PERMULAAN MEMELIHARA IKAN PELAGA

GUNAKAN BEKAS YANG SESUAIPastikan saiz Bekas yang digunakan adalah sesuai sama ada Bekas Plastik atau Bekas Kaca yang boleh dibeli dimana-mana kedai yang menjual ikan perhiasan atau supermarket, Jangan gunakan Bekas yang terlalu sempit, kerana ini akan mengehadkan pergerakan Ikan Pelaga tersebut dan pastikan juga anda tidak menggunakan Bekas yang diperbuat daripada bahan besi contohnya seperti Tin, kerana ianya mudah berkarat.

GUNAKAN AIR YANG SESUAIRamai yang menggunakan air tapis untuk memelihara ikan laga. Bagi yang tidak mempunyai air tapis masih boleh menggunakan air paip yang ditambah anti klorin. Anti klorin boleh dibeli dari kedai ikan perhiasan. Namun, adalah lebih baik air paip yang telah lama ditadah dan dibiarkan sekurang-kurangnya selama seminggu. Selain itu, anda boleh gunakan air hujan. Air hujan didapati selamat untuk ikan laga. Air hendaklah ditukar bagi memastikan ikan sentiasa sihat dan tidak berpenyakit. Kekerapan bergantung kepada saiz bekas dan bagaimana kondisi tempat anda memelihara ikan tersebut. Sebaiknya air ditukar selang tiga hari. Namun sekiranya anda ada meletakkan tumbuhan air, air tidak perlu ditukar terlalu kerap, sebaliknya, tambahkan sedikit air yang baru.

LETAKKAN TUMBUHAN
Tumbuhan air sebenarnya adalah sangat penting dalam memelihara ikan hiasan. Tumbuhan berguna kerana ia hidup dengan menggunakan bahan yang dikumuhkan oleh ikan. Kesannya, air akan sentiasa bersih dari bahan2 yang tidak dikehendaki. Namun pemilihan tumbuhan juga perlulah sesuai. Sebaiknya elakkan tumbuhan yang mengotorkan air. Ada tumbuhan yang cepat mati dan menjadi lembik serta berlendir. Pastikan samada tumbuhan tersebut memerlukan direct sunlight atau tidak. Namun, tumbuhan juga perlu diselenggara, dibuang akar yang terlampau banyak, dibuang bahagian yang sudah mati dan sebagainya.

LETAKKAN GARAM UNTUK RAWATAN
Garam digunakan sekiranya Ikan Pelaga ditumbuhi sawang putih yang melekat di insang. Dengan meletakkan sedikit garam biru, Ikan Pelaga akan kembali sihat. Garam biru boleh diperoleh dari kedai ikan perhiasan. Namun, jangan gunakan dalam kuantiti yang terlalu banyak kerana ia akan menyebabkan ekor Ikan Pelaga menjadi koyak dan terluka. Hal ini kerana PH air yang terlalu beralkali tidak sesuai dengan Ikan Pelaga.