PENJAGAAN BOLA MARIMO

Penjagaan Bola Marimo ini sebenarnya cukup mudah. Antara yang perlu anda tahu bagaimana untuk menjaga dan merawatnya adalah seperti berikut:
-Hanya perlu menukar Air Bersih setiap 1 atau 2 Minggu sekali dan tidak melebihi dari 4 Minggu tanpa menukar air.
-Air perlu ditukar lebih kerap pada musim panas tapi dikurangkan pada musim sejuk.
-Air yang digunakan sudah memadai dengan Air Paip sahaja.
-Semasa proses penukaran Air baru, Ketuk secara lembut dengan jari dan Perahkan pelahan-pelahan badan marimo supaya kotoran yang terdapat dalam bahagian badan Lumut tersebut dapat dikeluarkan.
-Letakkan Batu-batu kecil,Kulit Cengkerang atau Kayu Hanyut didalam bekas menyimpan marimo bagi mempercepatkan Tumbesaran.
-Berikan sedikit Cahaya Lampu selama 3 atau 4 jam Sehari sebagai Makanan.
-Boleh ditempatkan dalam Bekas Tertutup samaada Kaca atau Plastik untuk mengelakkan habuk.
-Boleh juga diletakkan didalam Akuarium bersama tumbuhan air lain dan ikan-ikan kecil seperti Guppy, Pelaga atau sebagainya sebagai perhiasan kerana semua jenis ikan boleh hidup dengan Tumbuhan ini dan sukar bagi mereka untuk memakannya. Tetapi Marimo agak lambat membesar didalam akuarium, mungkin disebabkan oleh Arus air dalam sebuah akuarium tidak bertindak pantas.