KENALI KUCING BERBAKA "ABYSSINIAN"

Abyssinian adalah jenis kucing paling tua yang ada di dunia. Jika anda melihat kebudayaan mesir, anda pasti akan melihat gambar atau setidaknya patung menyerupai kucing ini, sehinggakan orang mesir zaman dahulu membuatkan kuil untuk kucing ini. Walau bagaimanapun Kucing baka Abyssinian ini bukanlah berasal dari mesir. Menurut para penelitian kucing ini berasal dari Ethiopia, dan ada juga sesetengah berpedapat bahawa kucing ini berasal dari Asia Tenggara atau Laut India. Walau bagaimanapun Kucing berbaka Abyssinian ini adalah salah satu baka yang paling popular dalam kategori keturunan kucing bulu pendek di Amerika Syarikat.

JENIS BAKA
Abyssinian

CIRI-CIRI ABYSSINIAN
-Tergolong dalam jenis Darah B
-Mempunyai bentuk tubuh yang berotot
-Bertelinga besar
-Memiliki kaki yang panjang dan agak langsing ( kurus )
-Lengkungan leher serta bahu yang menarik
-Mempunyai mata dengan bentuk menyerupai Almond
-Kepala berbentuk segitiga dan ada bahagian-bahagian yang agak membulat.
-Ciri khas yang paling ketara pada kucing ini adalah corak warna pada bulunya yang berbintik-bintik dan mempunyai warna asas dengan tiga atau empat jalur berwarna gelap (Bulu berwarna lebih terang pada akar berhampiran kulit,dan gelap "ticking" warna di hujungnya yang dikenali sebagai Ticked Agouti).

SIFAT-SIFAT ABYSSINIAN
-Manja dan akan mengekori kemana sahaja anda pergi
-Mudah dilatih.
-Sangat patuh kepada manusia yang memeliharanya.
-Aktif dan sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan oleh tuannya.
-Menjadi "pembantu" tidak diundang sekiranya anda melakukan sesuatu seperti mengemas atau sebagainya