KENALI KUCING BERBAKA "ABYSSINIAN"

Abyssinian adalah jenis kucing paling tua yang ada di dunia. Jika anda melihat kebudayaan mesir, anda pasti akan melihat gambar atau setidaknya patung menyerupai kucing ini, sehinggakan orang mesir zaman dahulu membuatkan kuil untuk kucing ini. Walau bagaimanapun Kucing baka Abyssinian ini bukanlah berasal dari mesir. Menurut para penelitian kucing ini berasal dari Ethiopia, dan ada juga sesetengah berpedapat bahawa kucing ini berasal dari Asia Tenggara atau Laut India. Walau bagaimanapun Kucing berbaka Abyssinian ini adalah salah satu baka yang paling popular dalam kategori keturunan kucing bulu pendek di Amerika Syarikat.

JENIS BAKA
Abyssinian

CIRI-CIRI ABYSSINIAN
-Tergolong dalam jenis Darah B
-Mempunyai bentuk tubuh yang berotot
-Bertelinga besar
-Memiliki kaki yang panjang dan agak langsing ( kurus )
-Lengkungan leher serta bahu yang menarik
-Mempunyai mata dengan bentuk menyerupai Almond
-Kepala berbentuk segitiga dan ada bahagian-bahagian yang agak membulat.
-Ciri khas yang paling ketara pada kucing ini adalah corak warna pada bulunya yang berbintik-bintik dan mempunyai warna asas dengan tiga atau empat jalur berwarna gelap (Bulu berwarna lebih terang pada akar berhampiran kulit,dan gelap "ticking" warna di hujungnya yang dikenali sebagai Ticked Agouti).

SIFAT-SIFAT ABYSSINIAN
-Manja dan akan mengekori kemana sahaja anda pergi
-Mudah dilatih.
-Sangat patuh kepada manusia yang memeliharanya.
-Aktif dan sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan oleh tuannya.
-Menjadi "pembantu" tidak diundang sekiranya anda melakukan sesuatu seperti mengemas atau sebagainya
BACA SELANJUTNYA >>

PENGENALAN MENGENAI KUCING

Kucing dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari Subspesis Felis Silvestris Catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis Silvestris Lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan haiwan perosak yang lain. Dan kini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.
Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan. Kucing baka tulen adalah kurang dari satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing; kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-panjang bela jinak dan bulu-pendek bela jinak.
Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun ekor, dan mereka wujud dalam beraneka warna yang berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna. Mereka adalah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu spesies haiwan lain sebagai makanan.
Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia, seperti yang dijelaskan dibawah. Mereka berhubung dengan mengiau ("meow"/"miaou"), mengeluarkan bunyi 'purrr', berdesis dan juga isyarat anggota. Malah dikatakan kucing mempunyai 100 lebih perkataan berbanding dengan anjing yang hanya mempunyai 10 perkataan.
Kucing boleh dikatakan baru lagi dijinakkan, oleh itu kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka akan membentuk satu koloni kecil. Hubungan manusia dan kucing menyebabkan kucing dipuja di dalam dongeng dan legenda dari beberapa bangsa, contohnya Mesir Purba, Viking dan juga Cina.
BACA SELANJUTNYA >>

CONTOH PERHIASAN MARIMO DALAM AQUARIUM

Antara Koleksi gambar-gambar Bola Marimo ditempatkan dalam sudut Akuarium bersama kehidupan lain seperti pokok atau rumpai air dan pelbagai spesis ikan-ikan peliharaan sebagai bahan rujukan anda.
BACA SELANJUTNYA >>

CONTOH PERHIASAN MARIMO DALAM BOTOL

Antara koleksi gambar-gambar sebagai rujukan untuk mempamerkan Bola Marimo mengikut citarasa anda didalam bekas berkaca atau plastik dan pelbagai saiz untuk diletakkan dimana-mana sudut rumah,bilik tidur,meja pejabat atau sebagai hadiah untuk Insan Tersayang.
BACA SELANJUTNYA >>

RUJUKAN BERGAMBAR TENTANG MARIMO

Info bergambar tentang Bola Marimo untuk rujukan penting bagi anda yang memelihara tumbuhan ini. Semoga dapat jadikan panduan.
BACA SELANJUTNYA >>