skip to main |
skip to sidebar
Tanda-tanda Marimo yang memerlukan rawatan apabila keadaan Warna Asal ( Hijau ) berubah menjadi warna seperti PERANG, KUNING atau PUTIH.
RAWATAN UNTUK MARIMO:
-Hanya perlu masukkan sedikit Garam Biru (Laut) yang boleh dibeli mana-mana kedai yang menjual ikan perhiasaan.
-Sila Pastikan Marimo ditempatkan dalam Air Bersih dan Sejuk.
-Sila Pastikan Marimo tidak ditempatkan dalam keadaan suhu melebihi 35 darjah celcius keatas dan tidak didedahkan secara langsung kepada Sinaran Cahaya Matahari.
Tanda-tanda Marimo yang sudah mati apabila keadaan warna asal (Hijau) akan menjadi Gelap seperti HITAM atau COKLAT.
MARIMO AKAN MATI APABILA:
-Didedahkan secara langsung kepada Sinaran Cahaya Matahari.
-Ditempatkan dalam keadaan suhu melebihi 35 darjah celcius keatas.
-Dipecah-pecahkan untuk menjadi beberapa bahagian lain untuk tujuan pembiakan.
BACA SELANJUTNYA >>
Penjagaan Bola Marimo ini sebenarnya cukup mudah. Antara yang perlu anda tahu bagaimana untuk menjaga dan merawatnya adalah seperti berikut:
-Hanya perlu menukar Air Bersih setiap 1 atau 2 Minggu sekali dan tidak melebihi dari 4 Minggu tanpa menukar air.
-Air perlu ditukar lebih kerap pada musim panas tapi dikurangkan pada musim sejuk.
-Air yang digunakan sudah memadai dengan Air Paip sahaja.
-Semasa proses penukaran Air baru, Ketuk secara lembut dengan jari dan Perahkan pelahan-pelahan badan marimo supaya kotoran yang terdapat dalam bahagian badan Lumut tersebut dapat dikeluarkan.
-Letakkan Batu-batu kecil,Kulit Cengkerang atau Kayu Hanyut didalam bekas menyimpan marimo bagi mempercepatkan Tumbesaran.
-Berikan sedikit Cahaya Lampu selama 3 atau 4 jam Sehari sebagai Makanan.
-Boleh ditempatkan dalam Bekas Tertutup samaada Kaca atau Plastik untuk mengelakkan habuk.
-Boleh juga diletakkan didalam Akuarium bersama tumbuhan air lain dan ikan-ikan kecil seperti Guppy, Pelaga atau sebagainya sebagai perhiasan kerana semua jenis ikan boleh hidup dengan Tumbuhan ini dan sukar bagi mereka untuk memakannya. Tetapi Marimo agak lambat membesar didalam akuarium, mungkin disebabkan oleh Arus air dalam sebuah akuarium tidak bertindak pantas.
BACA SELANJUTNYA >>
Bagaimana untuk mengetahui Marimo Asli dengan Marimo Palsu yang dikenali sebagai JAVA MOSS BALL
MARIMO MOSS BALL:
-Akan merasa sedikit kasar apabila menyentuh dengan jari diatas permukaan marimo.
-Marimo mestilah menjadi lembut seperti Span ketika Memerahnya.
-Marimo akan terapung dan tenggelam dengan sendirinya dalam sesuautu masa.
JAVA MOSS BALL:
-Akan merasa keras (kemungkinan sebesar sebiji bola ping pong) ketika Memerahnya.
-Lumut pada bahagian badan Java Moss akan Mengelupas dan Tertanggal.
-Java Moss akan Sentiasa Terapung.
BACA SELANJUTNYA >>
CIRI-CIRI BOLA MARIMO ADALAH:
-Spesis Tumbuhan Air Tawar yang berbentuk Bulat seperti Bola kecil yang berwarna hijau dan Berbulu lembut seperti Baldu.
-Tidak memerlukan Sebarang Makanan atau Pembajaan untuk Hidup.
-Hanya perlu ditempatkan dalam Air Bersih dan Sedikit Cahaya Lampu sudah memadai.
-Bertindak Balas terhadap cahaya. (Tidak memerlukan Cahaya Matahari sepenuhnya)
-Menunjukkan beberapa tingkah laku yang menarik, termasuk naik dan tenggelam di dalam air ketika belakunya Proses Fotosintesis.
-Mengeluarkan Buih-buih halus disekitar Bulu Baldu untuk menghasilkan Oksigen.
-Boleh terus hidup dibawah suhu 25 Darjah Celcius dan tidak sesuai didedahkan pada suhu melebihi 35 Darjah Celcius keatas.
-Semua jenis Ikan boleh hidup bersama tanpa memakannya.
-Boleh hidup dan berkembang dengan menggunakan air paip sahaja.
-Boleh disejukkan didalam peti ais semasa cuaca panas (Melebihi 25 ° C), tetapi ia tidak bertahan suhu beku.
-Hanya akan Membesar sebanyak 5mm dalam masa Setahun. (Bergantung pada kesesuaian suhu dan keadaan)
-Proses Tumbesaran akan cepat berlaku jika ditempatkan dalam persekitaran air yang sejuk Melebihi Suhu 25 Darjah Celcius.
-Tempoh hayat sehingga 200 tahun dan boleh membesar sehingga 10 atau 12 inci di bawah keadaan semula jadi yang ideal.
-Hanya Membiak secara Replikasi.
BACA SELANJUTNYA >>
LAGENDA MARIMO:
Pada suatu ketika dahulu Anak gadis kepada keluarga Ketua Suku yang tinggal di tebing Tasik "Akan" telah jatuh cinta dengan pemuda biasa. Hubungan cinta mereka mendapat halangan dari orang tua. Untuk terus hidup bersama, mereka telah melarikan diri dan bertukar kepada MARIMO dan hidup bahagia selama-lamanya. Kerana Mitos ini, MARIMO telah dikenali sebagai "Pokok Cinta" di kalangan remaja di Jepun.
APA ITU MARIMO:
BOLA MARIMO adalah Sejenis Tumbuhan Air Spesis Alga ( Lumut ) Berwarna HIJAU yang berkembang menjadi Bulat dan rupanya seakan-akan berbentuk Sebiji Bola Baldu berwarna Hijau. Tumbuhan Alga ini juga boleh dikenali sebagai Cladophora Ball, Lake Ball atau Moss Balls yang berasal dari Tasik "Akan" dan telah diisytiharkan menjadi satu Khazanah Negara Jepun pada tahun 1921. Marimo kini dilihat mula bekembang dan boleh ditemui dalam sekitar Tasik-tasik lain di Jepun dan didalam Kolam air tawar di negara-negara Eropah.
BACA SELANJUTNYA >>